Sunday, 13 January 2013 ♡
BACK TO THE TOP

Radiografi tuh apa? radio ke??
radiografi is kaligrafi la kan ??
apa menatang radiografi nie???
Disebabkan ramai yang menanyakan apa kebenda nya Radiografi nie, meh la kita explain sikit.. *geram juga ada yang g main-main and perlekehkan bidng aku nie! grrr...
Hahahah tak mengapa lah, dah memang ramai tak tahu kan nak buat guane lagi...Nak dijadikan cerita, sejak saya sambung belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Kota, Kuala Terengganu dan mengambil jurusan Diploma Radiografi, ramai yang tanya what radiografi stand for? Saya jawab jela xray. Siapa yang faham sonang kijo den tapi ada juga yang still tak faham....
Kenal simbol kat atas nie? haa kalau pergi buat Medical Checkup mesti dia suruh pergi xray kan? kan? Bidang saya la tuh...
Radiografi ialah penggunaan sinar pengionan (sinar X, sinar gama) untuk membentuk bayangan benda yang dikaji pada filem. Radiografi umumnya digunakan untuk melihat benda tak tembus pandang, misalnya bahagian dalam tubuh manusia. Gambaran benda yang diambil dengan radiografi disebut radiograf. Radiografi lazim digunakan pada pelbagai bidang, seperti perubatan, arkeologi dan industri.
Pengkhususan
· Radiografer Terapeutik
Memberi tumpuan kepada perancangan rawatan, cara rawatan, kajian semula rawatan dan penjagaan paliatif.
· Radiografer Diagnostik
Memberi tumpuan kepada kes-kes trauma/ kemalangan dan kecemasan, pengimbasan CT, MRI, perubatan nuklear, pemeriksaan payudara dan ultrabunyi.
Prospek Kerjaya
Adalah profesion yang memerlukan teknik dan kemahiran tinggi. Ijazah Radiografi menjadi laluan untuk mendapat peluang kerjaya dengan permintaan yang tinggi di peringkat global. Radiografer British telah didiktiraf sebagai antara yang terbaik dalam bidang ini dan telah direkrut oleh banyak negara asing.
Biasanya, graduan dalam bidang ini akan berkhidmat di hospital-hospital dan kemudahan perubatan yang lain sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Bagaimanapun, ia juga boleh diserap ke dalam bidang pendidikan, penyelidikan, jaminan kualiti atau jawatan pengurusan.
![]() |
CT-Scan |
haaa pernah kan kena macam nie? |
![]() |
x-ray for dental... |
![]() |
mamografi for breast cancer.... |
Lagi satu isu yang orang suka tanya kan, kalau kena radiasi nanti susah dapat anak kan? hahahha sebabkan kita dah belajar so kita lebih faham. Tak perlu risau, protection ada, and mostly radiographer yang saya pernah jumpa comel-comel je anak-anak diorang..Takde masalah..Bijak je semua..^_^
so, nak takut apa? hehehe..Faham dah? bagus ;)
END OF MY BEBELAN...
Labels: Giveaway
Posted by RaimoraRayyan at 6:06 pm


21 Comments:
assalamualaikum akak . nk tanye sket . amk radigrafi at unisza kene belaja gk k bahase arab ?
walaikumussalam @Nur Adilah Mazlan, sori deq akaq lama tak buka blog, setahu akaq tak perlu..tapi ikut u yang awak pick...kadang2 ada yang buat jadi subjek wajib untuk bahasa asing...
assalamualaikum akak, nak tanya kalau radiografi ni kan,kelayakan spm macam mana ye ? physic kene A ke ?
@Faatyqa waalaikumussalam. tak semestinya A. depends dengan U yg awak pilih. mostly if im not mistaken minimum C. n not necessary kena ada bio baru boleh mohon :)
assalammualaikum kak , nak tanya kalau ambek radiografi nie add math and chemist kene minimum C ke ?
@Anonymous waalaikumussalam. ye kot..tapi depends u mana awak pick..sebab lain u lain standard dia. n course radiografi nie takde relate dengan chemist pun..add math pun tak.cuma banyak fizik and anatomy
Assalamualaikum...saya dpt tawaran diploma in radiograhy. Tp mcm saya xda asas bljr fizik..saya cuma bljr sains biasa...kalo masuk bidang radiografi ni mmg kne ada fizik ye?
Assalamualaikum. Kalo mcm saya xda asas bljr fizik.. tp saya dpt tawaran dlm bidang ni. Mcm mne ye
waalaikumussalam. maaf lewat reply. kalau dapat bidang nie, memang akan diajar about fizik. tapi masa tahun 1 je. basic je. If takde basic fizik langsung, sains biasa mungkin dipertimbangkan kot ikut u la. im not pretty sure about that :)
waahh,,baguslah entry nie..hehe,,sy ontheway nak amek diploma dlm bidang ni..kalau di izinkan Allah , adalah rezeki. by the way , thank you for nice entry
biasa2 je, sekadar kongsi apa yg tahu.. tahniah :D and all the best.. study molek2 =')
Assalamualaikum akak . Saya nak tanya peluang kerja untuk radiografi ni ada tak ? Peluang kerja macam mana yg saya boleh dapat ? Saya dapat diploma dalam radiografi dekat unikl rcmp . Saya nak sangat ambik kos tu tapi ibu dan ayah saya risaukan peluang kerja yang akan datang nanti . Mereka takut saya tak dapat kerja dan terpaksa menganggur . Macam mana ye kak ?
waalaikumussalam...peluang kerja banyakkk sgt deq after grad even diploma. klinik merata nak guna radiographer terutama sekali perempuan..bdg nie masih baru lagi, so kalau awk specialize dalam mammo ke, ct scan ke, mmg merata awak boleh keje..jgn risau :)
Wah sgt2 mbntu lh blog ni..tq kaq..ilang kegusaran lam aty...hehe klau bidang ni kt unisza msty ambik b.arb ker?
assalamualaikum. bdg ni kalo nk smbung buat lecture mcm mna boleh x???
assalamualaikum..bdg ni kalo nk smbung lecture mcm na??
@anonymous sama2 deq :) unisza not sure sebab every batch lain..time batch akaq wajib ambik mandarin..junior akaq wajib ambik arab untuk sem 1 je tak silap, subjek bahsa asing...
@ATHIRAH NAZIFA waalaikumussalam.. kalau nak jadi lect at least kena ada degree... tapi if kalau diploma boleh jadi CI (clinical instructor) macam tenaga pengajar tapi ajar teknik2 je :)
as salam. bdg radiografi ni mmg kena amik diploma baru bole ambik degree ke? bole amik degree terus? maksod saye x yh amik diploma
as salam sya nk tanya. nk amik radiografi ni mmg kena amik diploma ke? maksod saye bole amik degree terus x?
@Anonymous depends on ur previous qualification dear. dia at least u ada ambil subjek sains / fizik
Post a Comment