About Me|+FOLLOW
Stories To Share
-Assalamualaikum. Hello readers-
welcome

 visitors

Welcome to my blog

This is just a simple blog of mine.

hidup ini penuh warna warni. yang mencorakkan hidup kita, adalah KITA. kekecewaan dan kegagalan bukanlah penamat hidup di dunia, tetapi PERMULAAN


click to play music


-Chat Box-
Leave a comment and massages here




-Archives-
Rewind

-Bloglist-
another awesome blogger

-Quotes-
Inspirational






~Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".kita merancang,Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')

~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

~Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

Sponsors
Ads

-Credits-
The making of this layout

Layout: Syarifah Erma.
Materials: Candied, Shabby Princess, Enakei, HG Designs, Susuda, chu.itigo, Fine, AmEeR-Sa, ohdamnitstyra, Cherish and tiffcali.

Tuesday, 22 October 2013 ♡ BACK TO THE TOP


Tajuk mungkin macam biasa, tapi rasanya masih ada yang belum tahu. so aku sekadar nak share jela. benda bermanfaat kita kena kongsi kan? ^^ selamat membaca...

MENJADI TUNANGAN ORANG TANPA SEDAR 

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki? 

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. 

Contohnya 
apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, 
"Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku." 

"Kahwin la dengan kita bila-bila," 
jawab perempuan tersebut. 

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram. 

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan? 

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting? Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah? 

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.


cc : Ber"couple" itu Haram.



0 Comments:

Post a Comment


Posted by RaimoraRayyan at 12:59 pm

Copyright.Self Mirror.raimorarayyanofficial