kita sedia maklum keadaan rakyat, saudara seagama kita di bumi Palestin
yang aku respect sangat dengan rakyat Malaysia, kita semua memang dilahirkan dengan hati yang baik. Buktinye, bila terjadinye dugaan sebegini kita dapat tengok berapa ramai yang berebut mendoakan dan menghulurkan bantuan. Alhamdulillah....
korang tertanya-tanya tak kenapa tentera Al-Aqsam semua memakai topeng muka dan setiap identiti mereka dirahsiakan?
Jawapanya kerana mereka takut kepada penyakit Riak dan Ujub. Pada tahun lepas, wakil HAMAS datang ke Malaysia, dan ditanyakan soalan ini. Lalu beliau mengatakan, di Gaza Palestine. Jika sebuah keluarga itu mempunyai anak lelaki yang bersama-sama Brigade Al Qassam, maka keluarga itu akan disanjung dan dirai penduduk Palestine. Mereka bagaikan superman yang menyelamatkan kampungnya. Oleh itu, Syed Ahmad Yassin telah menetapkan supaya setiap anggota Al Qassam diwajibkan memakai topeng untuk menjauhkan sifat ujub dan Riak. Kata, Syed Ahmad Yassin,
" Allah akan menangguhkan kemenangan jika ada penyakit ujub dan Riak dalam perjuangan."
zaman sekarang media sosial yang pelbagai memudahkan lagi untuk kita sebarkan info-info dan latest update about keadaan saudara kita di Gaza dan tak terkecuali untuk menunjukkan bahawa kita concern...maksud aku di sini, tak semua yang berdoa di laman sosial betul-betul maksudkan apa yang di taip. yess kita perlu bersangka baik...so bersangka baiklah...apa aku cakapkan kat sini, siapa makan cili dia terasa pedas....
Ditaip Oleh :
Posted by RaimoraRayyan at 3:47 pm

0 Comments:
Post a Comment