Tuesday, 20 December 2016 ♡
BACK TO THE TOP

23 tahun aku berpeluang hidup atas muka bumi. dalam tempoh 2 dekad, belum banyak yang aku kecapi. masih banyak hal yang aku rasa belum puas. belum cukup. entah bila nyawa nie akan bertahan. sampai bila. aku terlalu selesa dengan kehidupan sekarang. tapi perasaan cemburu kian membuak tiap kali lihat kejayaan rakan. soal cinta mahupun kerjaya. aku? masih di takuk yang lama. apa yang perlu aku buat untuk bangkit dari terus tenggelam? atau siapa yang akan tarik aku dari terus lemas? kisah hidup aku kalau dikarang novel langsung tiada tarikan. hambar. tiada apa yang menarik untuk dikongsi. itu yang buat aku terfikir sejenak. 23 bukan tempoh sekejap. sepatut sudah ada sesuatu yang aku capai untuk dibanggakan. soal dunia mahu pun akhirat.....aku masih hifup dalam kelalaian dunia....masih....sedar seketika, kembali ke habitat lama semula....
betulah apa yang diperkatakan. perubahan sesuatu yang mudah. sukarnya untuk terus kekal dengan perubahan. istiqamah...niat perbu diperbetulkan. niat disebabkan manusia, sama seperti manusia mudah berubah-ubah sifatnya..niatkan kerana yang maha Esa, seperti sifatNya, kekal...in shaa Allah....
Ditaip Oleh : RaimoraRayyan
Posted by RaimoraRayyan at 11:34 pm


0 Comments:
Post a Comment