Thursday, 13 February 2014 ♡
BACK TO THE TOP

Menurut ajaran Buddha, undang-undang karma, menyatakan: `bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada kepada sebab musabab peristiwa pertama.'Sekiranya peristiwa pertama berlaku bukan disebabkan nafsu, kerakusan dan sifat-sifat yang buruk maka pembuatnya akan mendapat kenikmatan dan kebahagiaan. Manakala jika peristiwa pertama adalah disebabkan nafsu dan segala sifat yang buruk, maka pembuatnya akan menerima padah. Menurut Chandogya Upanishad salah satu kitab di dalam agama Hindu, doktrin karma menyebut bahawa mereka yang bersifat terpuji akan dimasukkan kedalam rahim baik kaum Brahmin, Kshatriya, atau Vaisya; tetapi mereka yang bersifat tercela akan masuk ke dalam rahim busuk seekor anjing, khizir atau pariah. Dengan kata lain, setiap manusia harus bertanggungjawab atas segala yang dilakukan dan akan menerima balasannya yang setimpal.
Atas adalah penerangan KARMA which aku copy & Paste from wikipedia jee sebab iolls know uolls malas nye nak buka banyak-banyak tab ken... Ok, sekarang persoalan aku adalah..
Apakah hukum menyebut KARMA sedangkan kita beragama Islam?
Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8
maksudnya:
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat
(balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan
melihat (balasan) nya pula.
Tapi kita semua kena la ingat, when sebut je KARMA, kita tak dapat lari daripada agama hindu.
*Sebelum uolls buat anggapan yang boleh timbulkan kontroversi, aku explain sikit..Entry aku nie BUKAN bertujuan untuk menindas mana-mana agama, kaum atau menyentuh sebarang isu sensitif..TAK LEBIH sekadanr berkongsi pengetahuan yang diterima bersama masyarakat*
Back to the topic...
Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.
Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini.
Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.
Ini sangat berbeza dengan ajaran islam. Islam berpandangan bahawa Pertama:, tiada istilah kelahiran semula ke dunia, manusia yang diciptakan Allah hanya hidup sekali sahaja di dunia ini dan hanya dibangkitkan di akhirat bagi Allah menghitung dan membalas amal perbuatan mereka semasa hidup di dunia ini samada masuk Neraka atau Ke Syurga. Oleh itu hukum karma itu tertolak dengan sendiri.
Mempercayai hukum karma menurut pandangan dan fahaman agama Hindu seperti dilahirkan semula ke dunia ini buat kali yang kedua boleh menyebabkan seseorang Islam itu terkeluar dari Agama Islam yang suci. Oleh itu adalah haram kita mempercayai kelahiran semula ini, kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat.Ada yang bertanyakan tentang konsep Kifarah dalam islam yang seakan sama dengan hukum karma.
Maksud Kifarah ialah: Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Perlu kita faham....bahawa hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat...akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. Manakala Kifarah dalam Islam...contohnya seperti maksud di atas dan...seperti dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa...Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.
Tidakkah ajaran Islam itu sangat berbeza dengan hukum Karma tersebut.
Hukum karma adalah kepercayaan orang yang beragama Hindu. Kita sebagai orang Islam memiliki rukun Islam dan rukun Iman kita sendiri.Kenapa harus kita mengambil hukum yang selain dari hukum Allah.Firman Allah S.W.T,“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 19) firman-Nya lagi, “Barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran, 3: 85) Kerana itu jugalah Allah S.W.T. mengutuskan hamba dan Rasul-Nya, Muhammad S.A.W yang menjadi rahmat sekalian alam supaya mengajak Ahlul Kitab sama ada dari orang-orang Yahudi atau pun Nasrani (Kristian) serta golongan yang ummi dari kalangan orang-orang musyrik kepada jalan agama Allah iaitu Islam yang mengandungi petunjuk dan syari’at-Nya.
cc: Panglima 7
So sekarang dah jelas kan about KARMA nie? Ok.. aku bukan nye bijak pandai sangat bab-bab agama tetapi, aku tergerak untuk kongsi ilmu nie sebab saban hari, makin kerap aku dengar saudara-saudara kita menggunakan perkataan nie dan berkemungkin boleh timbul salah faham lebih-lebih lagi kepada adik-adik kita yang masih muda atau baru nak belajar. Konklusinya, gunakanlah ucapan atau ungkapan seperti, dugaan Allah, balasan Tuhan untuk menyatakan sesuatu dugaan adalah lebih baik bukan? :)

Ditaip Oleh :

Posted by RaimoraRayyan at 11:52 pm


0 Comments:
Post a Comment