Friday, 21 March 2014 ♡
BACK TO THE TOP
Bertolak pukul 9 pagi daripada Kampus Gong Badak then menuju ke Kampus Kota untuk jemput pensyarah-pensyarah yang akan menjadi pengiring dan pelajar-pelajar yang duduk di asrama maidam.
Sampai ke johor memang dah malam. Sebab terpaksa ikut jalan pekan which is agak ekstrem sebab toilet nye kalau nak jumpa memang 2 3 jam la menahan baru dapat melepaskan hajat. Memang sangat-sangat mencabar... hahaha... Singgah makan pun mana dan menyinggah, aci redah je bas merah kiterang tuh..
Kami bermalam di UTM Skudai. Kemudahan dekat UTM nie terbaik. Siap ada lif kau kolej dia. 1 bilik rm15. Single room. Clean and lengkap. Pelajar perempuan bermalam dekat mana aku lupa dah tapi memang hujung UTM la. Macam saja je tak nak bagi kiterang merayap kacau bebudak UTM hahah. *tapi sampai UTM pun dah 10.30 malam, memang badan pun dah penat, minta rehat je..Ada pula kawan UTM whatsapp kata hati-hati ramai negro..Kita dah la memang takut-takut sebab kolej nie memang sunyi..ada kami-kami nie jela.. -_- tak ke bikin lagi gubra haa...
Pagi-pagi janji 8.00 pagi sharpp! Sharpp kami tunggu tapi bayang bas pun tak nampak lagi,...hahah janji melayu sangat.. So masa yang terluang diabadikan dengan penuh manfaat, selfie! heheh selfie sana selfie sini modeling sana modeling sini... kihkihkih
Ketibaan kami disambut teramat mesra oleh pihak jabatan radiologi :D
Kami dapat peluang yang sangat sangat istimew untuk tengok sendir mesin mobile CT Scan yang setakat nie cuma ada 2 sahaja di Malaysia.. awesomeee!!! |
Tamat sudah lawatan, berakhir dengan kepala yang sangat-sangat pening and letih sebab jabatan yang kami jalankan lawatan tak luas cuma banyak modaliti yang ada untuk di usha dan belajar. Yelah pengalaman belajar secara lawatan, tak sama dengan yang dalam kelas.. bezaa...
Habis lawatan lect tak lepaskan peluang jalan-jalan sikit Johor..Tak kan la berjam-jam dalam bas sampai cramp punggung tak jejalan dulu kennn.. rugi...rugiii....so snap la gambo bebanyak lagi-lagi yang nampak singapore tuh..bajet dah sampai singapore la...hahahha
![]() |
smart tak??? smartttt giloss varsiti kami! *thumbs up! |
Kami sampai ganu jam 2 pagi. Bayangkan la bengkak mata guane.. 2.30 pagi baru sampai ke gong badak. Dah sampai tuh aku pula tak dapat terus tido.. Kepala memang macam nak pecah rasa. Golek-golek macam ayam golek, 5 pagi baru dapat lelap selena-lenanya. Tapi, esok nye bangun dah kena hadap nota-nota study untuk VIVA & OSCE pula.. hahah biol juga jadinya. Tapi wat lek wat peace wat chill and SENYUM SOKMO! ^^
Ditaip Oleh : Raimora Rayyan
Posted by RaimoraRayyan at 1:34 am


0 Comments:
Post a Comment