Awal Muharam (juga dikenali atau dipanggil sebagai sambutan Maal Hijrah)
Hijrah...membawa maksud kepada perpindahan. Sinonim dengan kisah penghijrahan Nabi dan para sahabat dalam usaha mengembangkan agama Islam suatu ketika dahulu...
Konsep hijrah sangat luas....
boleh didefinasikan sebagai berubah dari yang buruk kepada yang lebih baik.
Atau korang ada definasi tersendiri berkenaan hijrah boleh dikongsikan.
Dalam tempoh 21tahun hidup kat dunia nie, macam-macam penghijrahan aku dah lalui. Ada yang menjadi ada yang KO. Well yang KO tuh sebab diri sendirilah *terlalu ikutkan sangat perasaan buat keputusan terburu-buru* But so far, aku tak pernah menyesal dengan everything yang dah jadi. Even sebesar hama pun kejadian, aku sematkan dalam memori sebagai tauladan dan kenangan hidup. Mesti ada yang pelik kenapa aku cakap HIJRAH aku ada yang KO sedangkan kita faham yang HIJRAH kerana Allah membawa kebaikan. hem. Apa aku boleh cakap, aku cuma manusia jahil, kerdil, hina yang tak pernah terlepas buat kesilapan. Termasuklah dalam berkata-kata dan membuat keputusan.
Yang baik datangnya dari ALLAH. yang kurang baik adalah datangnya dari KELEMAHAN AKU SENDIRI.....
Lingkungan umur macam aku nie orang tua-tua kata umur manis untuk bercinta. hahah aku setuju sangat la yang tuh. Sebab start je umur awal 20an memang tak dapat lari dari sembang kahwin, cinta dan jodoh. Korang yang sebaya aku takya la lari, hadap je. Sebab benda nie datang sekali je seumur hidup. Nyawa kita ada SATU je. Pahit jerih maung mana pun kita cuba telan. Nak teriak lagu mana pun, pi la teriak naa. Setiap orang akan ada pengalaman bercinta yang menjadi macam yang dirancang dan ada juga yang kurang berhasil. What can i say more,
KITA MERANCANG, TETAPI ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...
So apa kaitan cinta dengan HIJRAH?
Cinta...tarikan paling kuat dan paling berkuasa dalam jiwa anak-anak muda...
sebab CINTA manusia boleh bertukar kewarasannya dan berubah personalitinya...
Individu mampu bertukar dari selekeh menjadi kacak / jelita hanya kerana nak menceriakan hati orang yang dicintainya...sebab CINTA juga ada yang sanggup relakan segalanya, termasuk mahkota yang paling berharga... CINTA.....
Kalau dulu CINTA kita pada manusia lebih kuat..
HIJRAH lah...
jadikan CINTA kepada pencipta manusia melebihi manusia itu....
mudahkan dengan hanya menaip dan berkata?
perlaksanaan yang belum tentu terlaksana...
kita semua bersaudara...
seagama...
ditegur kalau ada yang tergelincir landasannya..
bukan dihina dan dikeji seumpama...
perubahan (hijrah) bukanlah sesuatu yang mudah..tetapi tidaklah mustahil...
bermula segalanya dengan niat...insyaAllah...
p/s: Salam Maal Hijrah.
Ditaip Oleh :
RaimoraRayyan
Posted by RaimoraRayyan at 6:13 pm

0 Comments:
Post a Comment