Thursday, 23 October 2014 ♡
BACK TO THE TOP

3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. (Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung) 3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut: Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah. 3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.
Zaman sekarang, manusia makin bijak, maka bermacam alasan bijak yang diberikan apabila disoal apakah keperluan dalam memelihara anjing bagi umat Islam.. antara alasan yang sering dilemparkan ;
1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.
2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.
3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.
4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.
5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.
6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.
7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.
8) Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.
Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing."
Banyak artikel panas telah dikeluarkan bagi membahas isu nie. Antara pihak yang mendapat kencaman teruk adalah uztaz yang terlibat sama dalam program itu.. Kat bawah nie korang bacalah dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh uztaz dan apa yang terjadi sebenarnye..
Tak berapa nak jelas? Ok, saya kongsikan di bawah ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Abu Zulfaqar menerusi akaun Facebooknya.
Assalamualaikum,Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.
Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.
Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media.
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.
Mohd Iqbal Parjin
Baca Selengkapnya - Penjelasan Ustaz I Want to Touch a Dog http://www.hasrulhassan.com/2014/10/penjelasan-ustaz-i-want-to-touch-dog.html#ixzz3GxgdhZZ1
Pada pendapat aku, setiap apa jenis program, tawaran, kempen yang diadakan walaupun anjuran pihak tertentu yang dikenali sebagai organisasi yang berlatarbelankang ISLAM, seharusnya kita, manusia berakal, BIJAK, meneliti terlebih dahulu sebelum menerima secara bulat-bulat tanpa sebarang kajian dibuat. Manusia boleh lakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi. Aku bukanlah bijak sangat nak bahas isu pegang anjing nie. Aku cuma menyatakan pendapat peribadi aku. Di mana ada silap, harap ditegurlah secara berhemah. Bukan dicaci atau dihina..
Kat bawah nie aku selitkan penjelasan daripada Datuk Dr. Mohd Asri, bekas mufti Perlis. Aku sengaja banyakkan bahan, so korang boleh baca dari satu sumber dan buatlah penilaian sendiri. Aku tak nyatakan aku berpihak pada mana-mana yang bersuara, sekadar berkongsi.....
Hukum menyentuh anjing tidak haram walaupun haiwan itu tergolong dalam najis berat, kata bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Asri berkata ulama sepakat mengatakan anjing yang kering tidak najis, namun najis boleh disentuh tetapi dengan syarat perlu dibasuh jika hendak beribadat atau pun berurusan dengan masyarakat.“Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah.“Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis, “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah,” katanya memetik Riwayat al-Bukhari dalam responnya terhadap program “I Want To Touch A Dog”, semalam.Katanya, jika najis itu dianggap haram, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Begitu juga dengan mereka yang bekerja yang membabitkan bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain, katanya.“Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.”Menyentuh isu memelihara anjing dalam rumah, katanya jika tiada tujuan selain buruan atau menjaga ternakan, hukumnya adalah makruh.Katanya, walaupun ada ulama yang mengharamkan, tetapi hadis Islam tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja.“Maka hukum makruh dipilih oleh sebahagian ahli fekah.“Hikmahnya mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakatan,” katanya.Menurut pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Islam ada sebab menghalang penganutnya memelihara anjing, antaranya baunya dan salakannya menakutkan sesetengah orang.“Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.“Salakan anjing dan bulu di sana sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu,” katanya.Tambahnya, anjing juga berisiko dari segi keselamatan dan kesihatan termasuk gigitan, najis, serta jilatannya.Namun beliau menegaskan, cubaan Islam mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian tidak bererti membenarkan penindasan terhadap anjing.“Untuk mengelak jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan saintifik, maka Islam melarang kita memelihara anjing dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan,” katanya.Program itu dianjurkan bagi menghapuskan perasaan takut dan skeptikal masyarakat terutamanya Melayu dan Islam terhadap anjing.Walaupun mendapat sambutan, namun ia juga mendapat kecaman termasuk mufti di beberapa negeri yang menganggapnya melanggar budaya masyarakat.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku.Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini, katanya Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada,” katanya dipetik laporan Bernama.
CC: http://www.kakisembang.com/2013/07/penjelasan-hukum-membela-anjing-dalam.html#.VEjRWvmUebI , http://www.hasrulhassan.com/2014/10/penjelasan-ustaz-i-want-to-touch-dog.html
Ditaip Oleh :RaimoraRayyan
Posted by RaimoraRayyan at 6:21 pm


0 Comments:
Post a Comment